Long time no write, no read. Agak busy lately. Biase la, masih belajar. Sekarang dah Mei 2014, bgitu cepat masa berlalu, ade yang telahpun meninggalkan kita buat selama-lamanya, tpi kita yg masih bernafas ini harus meneruskan kehidupan. Dunia kini makin hari makin mencabar ketahanan mental dan fizikal. Bukan sahaja kepada yang telah berkerjaya, malah hal ini turut dirasai golongan pelajar secara am nya.
Menjadi seorang pelajar bukan sesuatu yang mudah. Dengan sistem pendidikan di negara ini yg berorentasikan peperiksaan dalam erti kata lain, lulus atau gagal, ia cukup memeritkan. Kenapa begitu? ia amat perit kerana sesuatu pencapaian seseorang individu hanya disandarkan kepada satu slip peperiksaan yang menyatakan bahawa anda lulus ataupun sebaliknya. Akan tetapi, adakah ia cukup untuk menggambarkan keseluruhan individu tersebut? Dengan hanya perkataan lulus atau gagal, ia mampu mengubah destini seseorang. Adakah ia cukup adil bgi pelajar itu? Renung-renungkan. Segala usaha yg dicurahkan, tenaga yang disumbangkan dan segala apa yang dipelajari akhirnya dinilai dengan satu sistem yang amat memeritkan para pelajar.
Jadi adakah ia cukup adil untuk para pelajar?? apapun, HIDUP harus diteruskan tanpa soal.