Assalamualaikum.
arituh test JPJ. 20 Januari. Pergh..ramai giler org nk tunggu kene test JPJ, ade yg dtg pukul 8.30 pagi dan pulang pada 6.00 petang. Memang mencabar kesabaran ar, semata-mata untuk tunduk kepada prosedur JPJ, iaitu, nk mandu, kene ade lesen. Tapi penantian untuk mendapatkan sekeping kertas yang tertera nama, gambar, number ic, dan dll berbaloi juga. Selepas mengharungi sesi pembelajaran yang cukup mencabar, kereta rosak ler, clutch angkat banyak la, kene tengking la..adoi.
ITULAH BELAJAR..
Kesabaran menungu turn nk kene test oleh pegawai JPJ akhirnya berbaloi juga. Aku telah lulus! haha. dah dapat lesen dah nih. Sape sape nk naik kereta ngan aku, jom. Lesen dah dapat, ramai dah ajak kuar jalan2. biasala yg dah dpt lesen kene la pergi amik diorang. Aku ok je. tpi setakat ini my father masih belom benarkan aku untuk memandu. sabor jela kite. nk buat camne, restu parents penting der. xpe lah, jap jap lagi boleh la kot.
(gambar hiasan)
ok, kepada yg masih belajar nk dpt lesen, harap2 korang berjaya mendapatkannya. Jangan isau, korang kene yakin je dengan ape yg kau buat time mandu. jangan gopoh, just buat ape yang korang belajar, dan yang penting, kene YAKIN!