-Kawal MARAH sifat terpuji-
Sebagai manusia biasa, sifat marah tidak pernah lenyap dari hati dan perasaan manausia.
Walaubagaimanapun, sifat marah boleh dikawal daripada menyelubungi diri kita.
Apabila perasaan marah bergelodak, muncullah syaitan yang berjanji kepada Allah untuk memesongkan anak cucu Adam a.s.

Antara langkah yang perlu untuk menghilangkan rasa marah:
1. Perlu malu dengan Allah SWT akan segala tindak tanduk kita. Allah SWT memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadap yanga dilakukan.
2. Apabila rasa marah datang menjelma, ingatlah kita hanyalah manusia yang hina.
3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa agar diselamatkan daripada sifat marah.
4. Ingatlah bahawa sifat marah itu akan membawa kepada permusuhan dan perbalahan
( balas dendam ) dari orang yang anda marah.
5. Apabila marah datang, bacalah Ta'awwuz kerana marah datang daripada syaitan.
6. Apabila rasa marah datang, ambillah wuduk kerana wuduk dapat meredakannya.
Allah berfirman:
Wahai anak Adam, sebutlah nama-Ku apabila engkau marah, supaya Aku ingat pula akan engkau, dengan demikian apabila Aku marah tidaklah Aku menurunkan malapetaka ke atasmu.
Jadi, tidak salah untuk berasa marah.
Tetapi biarlah kena pada masa dan tempatnya.
Cuba selesaikan perselisihan faham secara berhemah.
Banyakkanlah bersabar, kerana sabar itu sebahagian daripada iman.
Lebih mulia dan besar ganjarannya apabila kita banyak bersabar dan banyak akibat buruk yang boleh berlaku sekiranya dalam diri kita mempunyai sifat marah yang sukar dikawal.

p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal.